Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah
pesanKu biarpun satu ayat..."
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa
Nabi s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya
Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan
masuk syurga." Sahih Bukhari.
1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha
Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha
Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha
Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi
Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-^Alim - Maha
Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit
Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang
Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi
25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi
Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha
Merendahkan
27. As-Sami^ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-^Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-^Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha
Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha
Pengampun
37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi
Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi
Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha
Mengabulkan
46. Al-Wasi^ - Maha Luas
Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba^ith - Maha
Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha
Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki
Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna
Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha
Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha
Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha
Memulai/Pemula
60. Al-Mu^id - Maha
Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha
Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri
Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha
Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha
Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha
Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha
Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha
Menyatakan
76. Al-Batin - Maha
Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai
Urusan
78. Al-Muta^ali - Maha
Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus
(Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima
Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha
Penyiksa
82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha
Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram -
Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha
Mengadili
87. Aj-Jami^ - Maha
Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya
Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi
Kekayaan
90. Al-Mani^ - Maha
Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat
Bahaya
92. An-Nafi^ - Maha Pemberi
Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi
Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi
Petunjuk
95. Al-Badi^ - Maha
Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha
Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha
Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar
(fadhilat ini dipetik dari
tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan :
Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).
1. "Ya Allah!"
apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud
atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai
segala yang dihajati.
2. "Ya Rahman!"
apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan
menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan
izin Allah.
3. "Ya Rahim!"
apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai
daya penarik yang besar sekali hingga
manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.
4. "Ya Malik!"
apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya
matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat
& kekayaan yang diredhai Allah.
5. "Ya Quddus!"
apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari,
maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari,
dengki dll.
6. "Ya Salam!"
apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan
terhindar dari segala penyakit sehingga badan
menjadi segar sihat & sejahtera.
7. "Ya Mukmin!"
apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala
kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan
yang merosakkan.
8. "Ya Muhaimin!"
apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu
Isyak, Insyaallah fikiran
& hati kita akan menjadi terang & bersih.
9. "Ya 'Aziz!"
apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan
menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.
10."Ya Jabbar!"
apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi
tunduk & patuh dengan izin Allah.
11. "Ya
Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan
bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi
pembantu yg setia.
12."Ya Khaliq!"
dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak
cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita
cerdas dan cepat tangkap (faham).
13."Ya Baarii'!"
sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100
x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran
& sembuh dari penyakit tersebut.
14."Ya Musawwir!"
sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah
ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu
hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir"
sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang
suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama
3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x,
InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.
15."Ya Ghaffaar!"
sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini
sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan
diampunkan dosa-dosa kita.
16."Ya Qahhaar!"
dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari
ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu
memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.
17. "Ya Wahhaab!"
dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam
kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun
akan hilang.
18. "Ya Razzaq!"
dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya
Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan
datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.
19. "Ya Fattah!"
dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan
dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.
20. "Ya 'Aalim!"
dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan
mendapat kemakrifatan yang sempurna.
21. "Ya Qaabidhu!"
dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah
& terlepas dari segala bentuk ancaman.
22. "Ya Baasithu!"
Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha &
berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah
rezeki akan menjadi murah.
23. "Ya Khaa'fidh!"
dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk &
tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai
musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.
24. "Ya Raafi!"
dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah
keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau
di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.
25. "Ya Mu'izz!"
dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan
yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.
26. "Ya Muzill!"
Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada
kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar &
membayar hutangnya kembali.
27. "Ya Samii'!"
Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam,
biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah
solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.
28. "Ya Bashiir!"
Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita
terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari
Allah.
29. "Ya Hakam!"
dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat
membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu
kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.
30. "Ya Adllu!"
dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah
diri kita selalu dapat berlaku adil.
31. "Ya Lathiif!"
Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para
peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris &
maju.
32. "Ya Khabiir!"
Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat
banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat
bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.
33. "Ya
Haliim!" Dizikirkan sebanyak 88 x
selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam
pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak
akan dicabar atau diungkit-ungkit atau
tergugat.
34. "Ya 'Aziim!"
dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai
sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada
tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan
terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.
35. "Ya Ghafuur!"
bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui
dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima
taubatnya oleh Allah.
36. "Ya Syakuur!"
dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih
kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah
setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.
37. "Ya 'Aliy!"
Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x
(** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang
dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si
anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.
38. "Ya Kabiir!"
Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu
fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut
dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat
malam (tahajud atau hajat).
39. "Ya Hafiiz!"
dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan
binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.
40. "Ya Muqiit!"
Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan
atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka
perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar
kerana rasa lapar akan hilang.
41. "Ya Hasiib!"
Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini
sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah
akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.
42. "Ya Jaliil!"
Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir,
InsyaAllah kita akan mendapati
perubahaan yang mengkagumkan -
perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa
disedari kedudukan kita akan
lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.
43. "Ya Kariim!"
Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat
kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat
darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.
44. "Ya Raqiib!"
Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang
dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar
barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar
dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal
& yakinlah kepada Allah. InsyaAllah....
45. "Ya Mujiib!"
Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita
mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak
55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.
46. "Ya Waasi!"
Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi
& petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah.
Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari
hasad dengki sesama makhluk.
47. "Ya Hakiim!"
Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari,
InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal &
mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.
48. "Ya Waduud!"
Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan
menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita
akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.
49. "Ya Majiid!"
Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi
& menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir
ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke
seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi &
menghormati kita sebagai ketua keluarga.
50. "Ya Baa'its!"
Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan
memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.
51. "Ya Syahiid!"
Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan
sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam
sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.
52. "Ya Haq"!
Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk
menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.
53. "Ya Wakiil"
Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka
ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi
reda & kembali seperti sediakala.
54. "Ya Qawiy!"
Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan
dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.
55. "Ya Matiin!"
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang
besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa
gentar untuk mengganggu.
56. "Ya Waliy!"
Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok
sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan
kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang
bersifat dengki.
57. "Ya Hamiid!"
Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling
berhak menerima segala pujian.
58. "Ya Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri
kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah
(muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.
59. "Ya Mubdiu!"
Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470
x setiap hari. InsyaAllah....
60. "Ya Mu'id!"
Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan
zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan
akan hasilnya.
61. "Ya Muhyiy!"
amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan
kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.
62. "Ya Mumiit!"
Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam
perniagaan, berpolitik dan sebagainya.
63. "Ya Hayyu!"
Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan,
perbanyakkanlah zikir ini.
64. "Ya Qayyuum!"
Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang
banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap
manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang
terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak
1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan,
Insya Allah akan tercapai segala hajat.
65. "Ya Waajid!"
Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh
pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.
66. "Ya Maajid!"
Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka
hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.
67. "Ya Waahid!"
Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk
menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan
solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat
Isnin & Khamis, Insya Allah...
68. "Ya Somad! Ketika
dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah
dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar &
sentiasa.
69. "Ya Qaadir!"
Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir
ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.
70. "Ya Muqtadir!"
Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah,
maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu
berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.
71. "Ya Muqaddim!"
Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang
berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya
segala usahanya akan berhasil".
72. "Ya Muahkhir"!
Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.
73. "Ya Awwal!!"
Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah
segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.
74. "Ya Aakhir!"
Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan,
InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.
75. "Ya Dhaahir!"
Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi
(khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang
pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.
76. "Ya Baathinu!"
Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.
77. "Ya Waaliy!"
Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang
itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan
para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini
78. "Ya Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan
berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir
ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan
berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.
79. "Ya Bar!"
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang
kita hajati akan terlaksana dengan mudah.
80. "Ya Tawwaab!"
Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah
memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke
jalan yang lurus.
81. "Ya Muntaqim!"
Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan
kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita
memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah,
kita akan mendpt pertolongan Allah.
82. "Ya 'Afuww!"
Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya
oleh Allah.
83. "Ya Rauuf!"
Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja
yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang
mahupun malam.
84. "Ya Maalikul
Mulki!" Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal
& tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini
sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan.
InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.
85. "Ya Zul Jalaali wal
Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan,
InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.
86. "Ya Muqsith!"
Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat
adil kepada mereka yang mengamalkannya.
87. "Ya Jaami'!"
Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah,
maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga
Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan
pulang dalam jangka waktu yang singkat.
88. "Ya Ghaniy!"
Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang
kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan
mendapat berkat.
89. "Ya Mughniy!"
Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada
Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan
tercapai.
90. "Ya Maani'!"
Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang
solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang
zalim & suka membuat angkara.
91. "Ya Dhaarr!"
Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu
penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah
puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah
dengan ikhtiar ini penyaki itu akan cepat sembuh.
92. "Ya Naafi' "!
Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari,
maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah
akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.
93. "Ya Nuur!"
Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki
kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia
mahupun kebaikandi akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir
ini setiap pagi & petang.
94. "Ya Haadiy!"
Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia
tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini,
Insya Allah akan diberikan pertolongan
Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.
95. "Ya Baadii!"
Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan
rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir
ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan
pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.
96. "Ya Baaqy!"
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah
dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan
mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir
ini.
97. "Ya Waarits!"
Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya,
supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam
berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah
akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik &
memberangsangkan.
98. "Ya Rasyiid!"
Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah
zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak
kita akan menjadi bertambah cerdas.
99. "Ya Shabuur!"
Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah
zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada
Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai
kejayaan.
Doa-doa
Yang Makbul:
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang
teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik
terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang
tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.
Tanda-tanda
Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang
menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.
Cara-cara
Berdoa:
1. Bersungguh-sungguh semasa
berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah
amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"
2. Menghadirkan diri kpd
Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang
lalai.
3. Hendaklah makanan,
minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah
itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.
4. Doa itu bukan bertujuan
untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali
memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
5. Digalakkan memperbanyakkan
menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta
selawat ke atas Rasulullah s.a.w &
para sahabat.
6. Sebelum berdoa,
bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).
KATA-KATA
NASIHAT IBNU QAYYIM
Di
dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima
kehendak Allah swt.
Di
dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan
dengan Allah swt
Di
dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok
mengenali Allah swt
Di
dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali
berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
Di
dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan
suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar
sehingga menemuiNya
Di
dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan
kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesentiasaan
berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada
manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba itu.
Wassalam
0 comments:
Post a Comment